Saturday, April 25, 2015

Tandas pon bayar.. Kalau syurga

cerita yang hebat
Suatu hari seorang warga emas ingin membuang air kecil,lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam,seorang lelaki penjaga tandas menegurnya: Wahai orang tua,bayarlah dulu sebelum masuk.
Mendengarkan sapaan lelaki itu,air mata warga emas pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata: Wahai orang tua,andai kamu tiada wang untuk dibayar,masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.
Warga emas menjawab: Wahai pemuda,aku menangis bukan kerana aku tiada duit,tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki,bagaimana pula dengan Syurga Allah?? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya??
Syurga Allah itu hanya untuk mereka yang mendapat kasih sayang dari Allah.. Sama samalah kita berusaha mencari keredhaan Allah.. Kerana di dunia ini tempat melakukan amalan,akhirat nanti waktu pembalasan..

Friday, January 9, 2015

sedar tak kita ini

sedar tak sedar kita hanya hidup dalam dunia kita yang penuh dengan khayalan diri kita sendiri..

lidah adalah senjata yang boleh menghancurkan hati orang yang kita sayang.. oleh itu mari kita berhati-hati dengan lidah kita.. jom amal sama-sama..